+603 4045 1555 info@assirajholiday.com.my
+603 4045 1555 info@assirajholiday.com.my

9H7M   FASCINATING TURKI

Booking Form
From4,790
Booking Form
From4,790
Full Name*
Phone*
Email Address*
Travel Date*
Participant*


Your Message*

Why Book With Us?

  • No-hassle best price guarantee
  • Customer care available 24/7
  • Tour Guide
  • Free Travel Insurance

Get a Question?

Do not hesitage to give us a call. We are an expert team and we are happy to talk to you.

+603 4045 1555

info@assirajholiday.com.my

Tour Details

  • Tarikh : 26 Nov | 1, 3*, 10 Dis 2019
  • Surcaj : RM 200 
  •  All-Inclusive : Fullboard
  •  Hotel : 4 Bintang
  •  Laluan : Istanbul - Bolu - Ankara - Cappadocia - Konya - Pamukkale - Kusadasi - Bursa - Istanbul

Itinerary

Penerbangan

 
Aturcara
 

Hari 1KUALA LUMPUR – MUSCAT – ISTANBUL – BOLU

Tetamu berkumpul di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) untuk penerbangan ke Istanbul, Turki melalui Muscat. Setibanya di Lapangan Terbang Istanbul, terus bertolak ke Bolu, kemudian daftar masuk ke hotel.

 

Hari 2BOLU – ANKARA – CAPPADOCIA (SP/MT/MM)

Sarapan pagi di hotel. Meneruskan perjalanan ke Ankara untuk melawat Muzium Ataturk (daripada luar). Ia juga dikenali sebagai Muzium Etnografi Ankara. Di dalam muzium ini terdapat barang-barang peninggalan Mustafa Kemal Ataturk dan makamnya. Kemudian singgah di Salt Lakesebelum bertolak ke Cappadocia. Daftar masuk hotel dan makan malam.

 

Hari 3CAPPADOCIA (SP/MT/MM)

Setelah sarapan pagi di hotel, tetamu akan dibawa melawat penempatan awal bawah tanah di Cappadocia pada zaman dahulu iaitu Cardakli Underground City di mana pada satu ketika hampir 5,000 penduduk tinggal di kota bawah tanah ini. Kemudian menyaksikan cara-cara pembuatan karpet Turki di Carpet Factory yang cukup terkenal dengan kehalusan seni karyanya dan ke Avanos Village untuk melihat hasil kerja tangan barangan tembikar berhiaskan batu turquoise secara tradisional. Makan tengahari dan tetamu akan dibawa mengambil gambar panorama indah Goreme dan Pasabag Valley. Melawat Pigeon Valley, di mana tetamu dapat menyaksikan lanskap lembah batuan yang memukau dan lubang-lubang yang diukir pada batu tersebut sebagai rumah merpati. Pulang ke hotel dan makan malam.

 

Hari 4CAPPADOCIA – KONYA – PAMUKKALE (SP/MT/MM)

Sarapan pagi di hotel. Lawatan diteruskan ke bandar Konya di mana tetamu akan dibawa melawat Sultanhani Caravanserai yang merupakan salah satu hotel terawal bagi para pedagang Laluan Sutera suatu ketika dahulu. Kemudian, menziarahi Mevlana Museum iaitu sekolah terawal dan terbesar bagi ahli-ahli sufi ketika zaman Uthmaniyyah dan menempatkan makam pengasasnya iaitu Jalaluddin Rumi. Bertolak ke Pamukkale. Daftar masuk hotel dan makan malam.

 

Hari 5PAMUKKALE – KUSADASI (SP/MT/MM)

Sarapan pagi di hotel. Tetamu akan dibawa melawat tarikan utama di Pamukkale iaitu Hierapolis & Necropolis, yang terkenal dengan mandian termal dan pusat kesihatan. Ia juga tersenarai sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO. Selain itu, melawat Cotton Castle yang amat terkenal dengan teres-teres kolam air panas berwarna putih. Selain itu, terdapat juga Cleopatra’s Thermal Pool yang dibina pada era Rom yang dipercayai oleh orang zaman dahulu bahawa air panas di Pamukkale boleh menyembuhkan penyakit seperti asma, arthritis dan masalah pencernaan. Bertolak ke Kusadasi. Membeli belah di Leather Outlet Factory. Melawat kota Kusadasi yang terkenal dengan sejarah peninggalan kota Ephesus iaitu kota penempatan zaman Yunani dan Rom purba yang dibina pada 10 SM yang menempatkan monumen-monumen zaman empayar Yunani dan Rom seperti Library of Celcius dan Great Theatre, serta peninggalan Temple of Artemis yang merupakah salah satu daripada Seven Wonders of the Ancient World. Lawatan diteruskan ke 7 Sleepers Caveyang bersejarah, gua di mana 7 pemuda Ashabul Kahfi bersembunyi dan dibangunkan daripada tidur setelah kira-kira 300 tahun seperti yang diceritakan di dalam Al-Quran. Daftar masuk hotel dan makan malam.

 

Hari 6KUSADASI – BURSA (SP/MT/MM)

Setelah bersarapan pagi, bertolak ke Bursa iaitu kota yang pernah menjadi ibu negara pertama kerajaan Uthmaniyyah sebelum Edirne dan Istanbul. Setibanya di Bursa, tetamu melawat Green Mosque, sebuah masjid yang sangat menakjubkan seni binanya dan mendapat nama daripada jubin di dalam masjid tersebut yang berona hijau kebiruan dan Green Mausoleum, makam Sultan Mehmet I dan ahli keluarganya yang membina masjid ini. Seterusnya melawat Ulu Cami yang turut dikenali sebagai Grand Mosque of Bursa yang merupakan mercu tanda seni bina Uthmaniyyah terawal dan masjid terbesar di Bursa dengan 20 kubah dan 2 menara. Masjid ini turut mempamerkan seni kaligrafi Islam terbaik yang tertulis di dinding, kolum dan plat oleh penulis kaligrafi terhebat pada zaman tersebut. Kemudian daftar masuk hotel dan makan malam.

 

Hari 7BURSA – ISTANBUL (SP/MT/MM)

Sarapan pagi di hotel. Bertolak ke Istanbul, memulakan lawatan ke ikon kota Istanbul iaitu Topkapi Palace yang pernah menjadi kediaman sultan2 Uthmaniyyah selama 400 tahun. Di sini, tetamu berkesempatan untuk melihat peninggalan Rasulullah SAW seperti janggut, gigi, jubah dan pedang di samping peninggalan nabi-nabi yang lain seperti pedang Nabi Daud, tongkat Nabi Musa dan serban Nabi Yusuf. Kemudian, tetamu akan ke Hagia Sofia yang cukup sinonim dengan kota Istanbul. Merupakan sebuah Basilika Kristian Ortodoks ketika empayar Byzantine yang kemudiannya ditukarkan menjadi masjid oleh Sultan Mehmet pada 1453. Kini, Hagia Sophia merupakan sebuah muzium dan kekal sebagai monumen dan karya seni bina penting kepada empayar Byzantine dan Uthmaniyyah. Lawatan diteruskan ke Blue Mosque, yang mendapat namanya daripada jubin biru yang mengelilingi dinding dalaman serta satu-satunya masjid di Istanbul yang mempunyai 6 menara. Hippodrome Square di mana hari ini ia dihiasi dengan Egyptian Obelisk, Serpentane Column dan Istana Ibrahim Pasa (lihat dari luar). Daftar masuk hotel dan makan malam.

 

Hari 8ISTANBUL – MUSCAT (SP/MT/MM)

Selesai bersarapan, tetamu akan dibawa menaiki Bhosporus Cruise dan menyusuri Selat Bosphorus yang menghubungkan Lautan Marmara dan Laut Hitam, di mana tetamu berpeluang melihat mercu tanda kota Istanbul di sepanjang pelayaran antaranya Rumelian Castle, Anatolian Castle dan Dolmabahçe Palace. Lawatan diteruskan ke Istanbul, kota antara dua benua iaitu Asia dan Eropah. Melawat Masjid dan makam Abu Ayyub Al Ansari, salah seorang sahabat Nabi Muhammad. Masa bebas untuk membeli-belah di Spice Market, dan membeli cenderamata di Grand Bazaar, yang menempatkan lebih dari 3000 lot kedai yang menjual pelbagai jenis barangan dan telah wujud sejak tahun 1455 lagi. Kemudian, bertolak ke lapangan terbang untuk penerbangan pulang ke Kuala Lumpur melalui Muscat.

 

Hari 9MUSCAT – KUALA LUMPUR

Tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Harga Pakej

 

Jadual Penerbangan

Penerbangan

Dari

Ke

Perlepasan

Ketibaan

WY 822

KUL

MCT

0930

1215

WY 165

MCT

IST

1445

1900

WY 166

IST

MCT

0055

0640

WY 823

MCT

KUL

0905

2010

 

Tarikh

26 Nov | 1, 3*, 10 Dis 2019

 

Hotel

BANDAR RATING NAMA HOTEL
Bolu 4* Hotel Von Abant atau setaraf
Cappadocia 4* Hotel Burcu Kaya atau setaraf
Pamukkale 4* Hotel Tripolis atau setaraf
Kusadasi 4* Hotel Marina atau setaraf
Bursa 4* Hotel Tiara Thermal atau setaraf
Istanbul 4* Hotel Golden Way atau setaraf
 

Pakej Termasuk

  • Tiket penerbangan pergi-balik kelas ekonomi termasuk surcaj minyak dan segala cukai penerbangan.
  • Hotel penginapan bertaraf 4* sepanjang lawatan (rujuk senarai hotel ditawarkan).
  • Sarapan pagi, makan tengahari dan makan malam sepanjang lawatan.
  • Percuma bot persiaran Bosphorus Cruise yang bernilai USD60 seorang.
  • Tiket masuk ke tempat lawatan: Ephesus, Hierapolis (Cotton Castle), Mevlana Museum, Cardak Underground City, Topkapi Palace dan Hagia Sophia.
  • Pengangkutan bas persiaran berhawa dingin yang selesa dan dilengkapi WIFI.
  • Perkhidmatan pemandu pelancong berbahasa Inggeris yang berpengalaman sepanjang lawatan.
  • Tip kepada pemandu pelancong dan pemandu bas persiaran.
  • Ketua rombongan yang terlatih profesional.
  • Percuma edisi beg pek khas (kecuali bayi).
 

Pakej Tidak Termasuk

  • Menaiki Hot Air Balloon (USD230 seorang) dan menonton Wherling Derwish Ceremony (USD45) di Cappadocia.
  • Insurans kembara (travel insurance) – sila hubungi kami bagi khidmat nasihat dan pembelian premium insurans kembara yang sesuai.
  • Surcaj tambahan kepada harga yang ditawarkan ketika waktu perayaan, puncak dan cuti sekolah (sekiranya ada dinyatakan di dalam tarikh perlepasan).
  • Servis tambahan di hotel seperti dobi, snek dan mini bar dan perkhidmatan porter sekiranya tidak disediakan.
  • Makan minum, tiket lawatan dan lawatan selain dari yang dinyatakan di dalam aturcara.
  • Bayaran tambahan bagi lebihan had bagasi yang dibawa.
  • Perkara lain selain dari yang dinyatakan di dalam aturcara dan pakej termasuk.