+603 4045 1555 info@assirajholiday.com.my
+603 4045 1555 info@assirajholiday.com.my

8H6M   DELHI + SHIMLA + AGRA

Booking Form
From3,990
Booking Form
From3,990
Full Name*
Phone*
Email Address*
Travel Date*
Participant*


Your Message*

Why Book With Us?

  • No-hassle best price guarantee
  • Customer care available 24/7
  • Tour Guide
  • Free Travel Insurance

Get a Question?

Do not hesitage to give us a call. We are an expert team and we are happy to talk to you.

+603 4045 1555

info@assirajholiday.com.my

Tour Details

  • Tarikh : 27 Nov | 4, 11 Dis 2019
  •  All-Inclusive : Fullboard
  •  Hotel : 4 Bintang
  •  Laluan : Delhi – Chandigarh - Shimla - Delhi – Agra - Delhi

Itinerary

Penerbangan

 
Aturcara
 

Hari 1KUALA LUMPUR - DELHI

Bertolak dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur untuk penerbangan ke Delhi. Tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Indira Ghandi. Seterusnya, peserta akan bertolak ke hotel dan daftar masuk hotel.

 

Hari 2DELHI – CHANDIGARH – SHIMLA (SP/MT/MM)

Sarapan awal pagi dan daftar keluar hotel, tetamu akan bergerak ke stesen kereta api New Delhi untuk menaiki kereta api laju ke Chandigarh. Setibanya di Chandigarh, tetamu akan di bawa untuk makan tengah hari sebelum meneruskan perjalanan ke Shimla yang terletak di kaki pergunungan Himalaya. Lawatan diteruskan di sekitar bandar Shimla seperti The Glenn, Annandale dan Kamna Devi Temple yang merupakan tempat pelancongan yang amat popular disebabkan iklimnya serta pemandangan bukit-bukit hijau dan puncak bersalji yang turut menjadikannya sebagai tempat beriadah bagi penduduk tempatan. Makan malam sebelum daftar masuk ke hotel.

 

Hari 3SHIMLA (SP/MT/MM)

Sarapan pagi di hotel dan mulakan lawatan ke Kufri yang merupakan sebuah stesen bukit kecil yang terletak kira-kira 16 km dari pekan Shimla. Tempat ini terkenal dengan aktiviti – aktiviti seperti trekking, hiking, ski dan menunggang kuda. Tetamu diberi masa bebas di Kufri. Makan tengah hari sebelum meneruskan lawatan ke Chail yang terletak kira-kira 40 minit dari Kufri. Setibanya disini tetamu pasti akan terpukau dengan pemandangan dan panorama yang sangat indah. Tetamu juga berkesempatan untuk melawat dan bergambar di Istana Chail yang merupakan tempat percutian musim panas Maharaja India semasa pemerintahan British. Pulang semula ke Shimla, makan malam dan pulang ke hotel.

 

Hari 4SHIMLA – CHANDIGARH - DELHI (SP/MT/MM)

arapan pagi dan daftar keluar hotel. Bertolak balik menuju ke Chandigarh. Setelah tiba tetamu akan dibawa untuk melawat Rock Garden iaitu taman arca yang dibina dari sisa-sisa industri dalam bentuk susunan batu-batu besar, tembikar pecah, tiub lampu neon dan gelang kaca yang terbuang disusun cantik seluas 40 ekar. Bertolak ke Delhi dengan menaiki keretapi laju selepas makan tengahari di Chandigarh. Makan malam sebelum daftar masuk ke hotel.

 

Hari 5DELHI - AGRA (SP/MT/MM)

Sarapan pagi di hotel, kemudian bertolak ke Agra. Setibanya di Agra, tetamu akan dibawa melawat ikon salah satu keajaiban dunia iaitu Taj Mahal; dibina oleh Shah Jahan sebagai lambang kebesaran cinta terhadap isterinya iaitu Mumtaz Mahal pada tahun 1632 dan siap tahun 1648. Monumen yang dibina dengan menggunakan batu marmar putih ini mengambil masa selama 22 tahun untuk disiapkan dan merupakan binaan yang paling tepat sisi geometrinya di dunia. Seterusnya, melawat Agra Fort, iaitu sebuah kota istana besar yang dibina oleh Maharaja Akhbar yang merupakan datuk kepada Shah Jahan pada tahun 1565. Kompleks istana ini dibina daripada batu pasir merah seluas 94 ekar. Tetamu dapat menyaksikan keunikan bahagian dalam bangunan yang telah diubahsuai semasa pemerintahan Shah Jahan. Istana yang asalnya dibina daripada batu pasir merah telah diubahsuai dan ditambah dengan batu marmar putih dan dihiasi batu permata. Makam malam dan daftar masuk hotel.

 

Hari 6AGRA – DELHI (SP/MT/MM)

Sarapan pagi dan daftar keluar hotel, tetamu berpeluang untuk menghabiskan masa dengan membeli belah barangan buatan tempatan seperti kain saree, rempah ratus, perhiasan rumah dan lain-lain lagi. Makan tengah hari dan bertolak pulang ke Delhi. Setibanya di Delhi tetamu akan dibawa untuk makan malam dan daftar masuk hotel.

 

Hari 7DELHI – KUALA LUMPUR (SP/MT/MM)

Sarapan pagi di hotel. Kemudian, tetamu akan dibawa bersiar-siar di Old dan New Delhi; berpeluang untuk melawat India GateMasjid Jamia dan Qutub Minar (lawatan di luar sahaja) yang dikelilingi oleh beberapa monument-monumen bersejarah yang menghubungkan dengan menara dan sebahagian dari kompleks Qutub. Ianya merupakan sebuah bangunan menara berbentuk runcing setinggi 72.5 m dan mempunyai 379 anak tangga yang dibina oleh Qutb-Ud-Din Aibak pada tahun 1192 dan siap pada tahun 1368. Tujuan pembinaan menara ini yang dihiasi dengan ukiran ayat Al-Quran sebagai tempat untuk melaungkan azan di Masjid Quwwat Al-Islam, iaitu masjid terawal dibina di Delhi. Seterusnya, meneruskan lawatan ke Fort Red dan merentasi ke Istana PresidenBnagunan Parlimen dan Bangunan Kerajaan. Selepas itu, bertolak ke Lapangan Terbang Antarabangsa India Ghandi untuk penerbangan pulang ke Kuala Lumpur.

 

Hari 8KUALA LUMPUR

Tiba dengan selamat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Harga Pakej

 

Jadual Penerbangan

FLIGHT DARI KE BERLEPAS KETIBAAN
OD 205 KUL DEL 1805 2105
OD 206 DEL KUL 2205 0610
 

Tarikh

27 Nov | 4, 11 Dis 2019
 

Hotel

BANDAR RATING NAMA HOTEL
Delhi 4* Hotel Exotica Grand atau setaraf
Shimla 4* Hotel Shimla Havens atau setaraf
Delhi (hari 4 & 6) 4* Hotel JP Resort atau setaraf
Agra 4* Hotel Pushp Villa Agra atau setaraf
 

Pakej Termasuk

  • Tiket penerbangan pergi-balik kelas ekonomi beserta cukai lapangan terbang.
  • Penginapan 6 malam yang selesa di hotel bertaraf 4* (rujuk jadual senarai hotel).
  • Makanan sesuai Muslim seperti yang terdapat di dalam aturcara.
  • Urusan visa memasuki India.
  • Tiket keretapi pergi balik ke Chandigarh (Shatabdi Express Delhi)
  • Tiket masuk ke tempat lawatan : Agra Fort, dan Taj Mahal.
  • Pengangkutan bas persiaran yang selesa dan lawatan seperti aturcara.
  • Perkhidmatan pemandu pelancong tempatan yang berpengalaman.
  • Perkhidmatan pemandu pelancong berbahasa Inggeris yang berpengalaman sepanjang perjalanan.
  • Tip kepada pemandu pelancong dan kapten bas persiaran.
  • Diiringi ketua rombongan yang terlatih profesional.
 

Pakej Tidak Termasuk

  • Bayaran menunggang kuda di Kufri.
  • Insurans kembara (travel insurance) – sila hubungi kami bagi khidmat nasihat dan pembelian premium insurans kembara yang sesuai.
  • Surcaj tambahan kepada harga yang ditawarkan ketika waktu perayaan, puncak dan cuti sekolah (sekiranya ada dinyatakan di dalam waktu perlepasan).
  • Servis tambahan di hotel seperti dobi, snek dan mini bar dan perkhidmatan porter sekiranya tidak disediakan.
  • Makan minum, tiket lawatan dan lawatan lain selain dari yang dinyatakan di dalam aturcara.
  • Bayaran tambahan bagi lebihan had bagasi yang dibawa.
  • Perkara lain selain dari yang dinyatakan di dalam aturcara dan pakej termasuk.
Peta Perjalanan