+603 4045 1555 info@assirajholiday.com.my
+603 4045 1555 info@assirajholiday.com.my

8H5M   EXPLORE EROPAH 4 NEGARA

Booking Form
From5,890
Booking Form
From5,890
Full Name*
Phone*
Email Address*
Travel Date*
Participant*


Your Message*

Why Book With Us?

  • No-hassle best price guarantee
  • Customer care available 24/7
  • Tour Guide
  • Free Travel Insurance

Get a Question?

Do not hesitage to give us a call. We are an expert team and we are happy to talk to you.

+603 4045 1555

info@assirajholiday.com.my

Tour Details


  • Tarikh : 7 Dis 2019
  •  All-Inclusive : Halfboard
  •  Hotel : 3 Bintang
  •  Laluan : London – Dover - Calais - Brussels - Zaanse Schans – Amsterdam - The Hague – Paris
 

Itinerary

Penerbangan

 
Aturcara
 

Hari 1KUALA LUMPUR – MUSCAT

Berkumpul di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) untuk penerbangan ke London melalui Muscat.

 

Hari 2MUSCAT – LONDON

Setibanya di Lapangan Terbang Antarabangsa London, tetamu akan dibawa membeli belah di Bicester Village, yang mempunyai lebih daripada 160 butik jenama terkenal di dunia seperti Coach, Dior, Gucci dan sebagainya. Kemudian, tetamu diberi waktu bebas di Oxford Street. Selepas itu, bertolak ke hotel dan berehat.

 

Hari 3LONDON (SP)

Sarapan pagi di hotel dan memulakan lawatan di kota London ke Buckhingham Palace, istana kediaman rasmi Ratu England di mana tetamu berpeluang melihat upacara pertukaran pengawal. Berjalan melalui London City Hall suatu kawasan yang unik dan terbaik untuk melihat pemandangan dan mengambil foto muzium kapal HMS Belfast, jambatan menara terkenal Tower Bridge yang boleh dinaikkan untuk membenarkan kapal melepasinya dan Tower of London, istana yang menyimpan takhta dan permata mahkota Ratu England. Melawat Westminster Abbey, gereja yang menyaksikan perkahwinan epik Putera William dan Kate Middleton, House of Parliamentyang menempatkan sejarah dan kisah politik, serta lukisan dan karya seni yang mengagumkan. Seterusnya tetamu akan dibawa ke ikon kota London iaitu Big Ben (atau nama rasminya Elizabeth Tower), iaitu menara jam yang dibina pada 1859, Trafalgar Square, dataran yang dinamakan sempena kemenangan tentera laut British dalam Perang Napoleon, dan melepasi Downing Street yang dikawal rapi, di mana terletaknya kediaman dan pejabat rasmi Perdana Menteri UK. Selesai lawatan di kota London, tetamu akan dibawa bersolat di London Central Mosque. Masa bebas untuk bersiar-siar di Oxford Street yang mempunyai lebih 300 kedai di sepanjang jalan seperti Adidas, Primark, Dr. Martens dan sebagainya. Pulang ke hotel.

 

Hari 4LONDON - DOVER - CALAIS - BRUSSELS (SP)

Setelah sarapan pagi di hotel, bertolak ke pelabuhan Dover untuk menaiki feri ke Calais, Perancis merentasi Selat Inggeris. Tiba di Calais, bertolak ke Brussels. Daftar masuk ke hotel.

 

Hari 5BRUSSELS – ZAANSE SCHANS – AMSTERDAM (SP)

Tetamu menikmati sarapan pagi di hotel. Kemudian, tetamu akan dibawa melawat sekitar bandar Brussels seperti Atomium, sebuah menara yang mempunyai 9 sfera yang dihubungkan berbentuk seunit atom, Grand Place, dataran tercantik di Eropah yang dikelilingi oleh Dewan Bandar, Balai Kota Brussel dan Maison du Roi (Rumah Roti), serta ikon terpenting kota Brussels Manneken Pis, iaitu arca seorang kanak-kanak lelaki yang membuang air kecil ke dalam kolam air pancut. Selesai lawatan di Brussel, bertolak ke Amsterdam. Lawatan seterusnya ialah Zaanse Schans, kawasan perkampungan lama di utara Holland. Ia adalah lokasi kincir angin yang sinonim dengan ikon negara Belanda dan rumah-rumah lama dari kurun ke 18 dan 19 yang dipulihara dan dikekalkan ciri-ciri antiknya. Tetamu berpeluang merasai pelbagai jenis keju antara yang terbaik di dunia di Catharina Hoeve Cheese Farm, Bakery Museum yang masih beroperasi dan menghasilkan produk berasaskan pastri dan Clog Workshop iaitu bengkel membuat terompah kayu yang popular di Belanda selama 700 tahun. Pulang ke Amsterdam dan singgah di Fatih Mosque untuk menunaikan solat, sebelum menuju ke Gassan Diamonds di mana tetamu akan diterangkan mengenai proses penghasilan berlian. Seterusnya, rasai pengalaman unik menaiki Canal Cruise menyusuri terusan di Amsterdam dan melihat rumah bot, bangunan bersejarah dan tinggalan benteng pertahanan dari Zaman Pertengahan. Acara bebas di Damrak Square di mana tetamu boleh berfoto di hadapan Royal Palace, salah satu daripada tiga istana di Belanda yang pernah didiami oleh Raja Louis Bonaparte dan National Monument iaitu tugu peringatan yang dibina sempena Perang Dunia Kedua, bersiar-bersiar di kawasan sekitar atau membeli-belah di Kalverstraat sebelum pulang ke hotel.

 

Hari 6AMSTERDAM – THE HAGUE – PARIS (SP)

Tetamu menikmati sarapan pagi. Kemudian bertolak ke bandar diraja dan kota pentadbiran, The Hague. Antara tarikan utamanya ialah Binnenhof yang merupakan sebuah bangunan parlimen tertua di dunia yang masih aktif dan menempatkan pejabat Perdana Menteri, Ridderzaal (Hall of Knights) yang merupakan bangunan bagi resepsi rasmi keluarga diraja, The Mauritshuis, Prison Gate dan juga The Peace Palace, sebuah bangunan gah binaan tahun 1913 yang menempatkan Mahkamah Dunia. Seterusnya, tetamu bertolak menuju ke Paris. Daftar masuk hotel.

 

HARI 7PARIS – MUSCAT (SP)

Setelah sarapan pagi di hotel, tetamu dibawa melawat ke Eiffel Tower (tiket tidak termasuk dalam pakej) yang dibina pada tahun 1889 World’s Fair setinggi 324m untuk menikmati pemandangan indah kota Paris, sebelum dibawa bersolat di Grand Mosque Paris. Kemudian, tetamu akan dibawa ke Notre-Dame Cathedral, salah satu gereja terkenal di seantero dunia dengan seni bina Gothic Perancis yang sangat halus. Seterusnya tetamu akan dibawa melihat Louvre Museum, muzium paling besar di dunia yang terkenal dengan rekabentuk piramid kaca, Les Invalides, di mana makam Napoleon Bonaparte disimpan, Palais Garnier iaitu Opera House yang pernah digunakan sebagai lokasi penggambaran filem The Phantom of The Opera, dan tidak terkecuali Arc de Triomphe, yang terletak di hujung barat Champs-Elysees sebagai penghormatan kepada mereka yang berjuang sewaktu Perang Napoleon. Melawat Place de la Concorde, dataran dengan struktur binaan bercirikan gaya Louis Quinze, dan taman terbuka Trocadero Square yang merupakan tempat terbaik untuk mengambil gambar Eiffel Tower. Seterusnya, tetamu akan dibawa membeli-belah di Galleries Lafayette, syurga pakaian dan hub fesyen haute couture dengan struktur kubah dan binaannya yang moden dan memukau sebelum bertolak ke Lapangan Terbang Charles De Gaulle untuk penerbangan pulang ke Kuala Lumpur.

 

Hari 8MUSCAT – KUALA LUMPUR

Tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Harga Pakej

 

Hotel

BANDAR RATING NAMA HOTEL
London 3* St Giles Felthamatau setaraf
Brussels 3* Hotel Ibis Brussels Waterloo atau setaraf
Amsterdam 3* Hotel Ibis Haarlem atau setaraf
Paris 3* Hotel Ibis Style paris Roissy CDG Area atau setaraf
 

Jadual Penerbangan

Penerbangan
Dari Masa Ke Masa
WY 824 KUL 2135 MCT 0020
WY 103 MCT 0150 LHR 0630
WY 132 CDG 2135 MCT 0650
WY 823 MCT 0905 KUL 2010

 

 

Tarikh

7 Dis 2019

 

Pakej Termasuk

  • Tiket penerbangan pergi-balik kelas ekonomi termasuk surcaj minyak dan segala cukai penerbangan.
  • Hotel penginapan bertaraf 3* sepanjang lawatan (rujuk senarai hotel ditawarkan).
  • Cukai bandar (city tax) di London, Paris, Brussels dan Amsterdam.
  • Sarapan pagi di hotel sesuai Muslim sepanjang lawatan.
  • Tiket masuk ke tempat lawatan: Amsterdam Canal Cruise.
  • Pengangkutan bas persiaran berhawa dingin yang selesa.
  • Perkhidmatan pemandu pelancong yang berpengalaman.
  • Tip kepada pemandu pelancong dan pemandu bas persiaran.
  • Diiringi ketua rombongan yang terlatih profesional.
  • Percuma edisi beg pek khas (kecuali bayi).
 

Pakej Tidak Termasuk

  • Tiket masuk ke Eiffel Tower.
  • Insurans kembara (travel insurance) – sila hubungi kami bagi khidmat nasihat dan pembelian premium insurans kembara yang sesuai.
  • Surcaj tambahan kepada harga yang ditawarkan ketika waktu perayaan, puncak dan cuti sekolah (sekiranya ada dinyatakan di dalam tarikh perlepasan).
  • Servis tambahan di hotel seperti dobi, snek dan mini bar dan perkhidmatan porter sekiranya tidak disediakan.
  • Makan minum, tiket lawatan dan lawatan selain dari yang dinyatakan di dalam aturcara.
  • Bayaran tambahan bagi lebihan had bagasi yang dibawa.
  • Perkara lain selain dari yang dinyatakan di dalam aturcara dan pakej termasuk.