+603 4045 1555 info@assirajholiday.com.my
+603 4045 1555 info@assirajholiday.com.my

9H7M   HISTORICAL BALKANS

Booking Form
From7,190
Booking Form
From7,190
Full Name*
Phone*
Email Address*
Travel Date*
Participant*


Your Message*

Why Book With Us?

  • No-hassle best price guarantee
  • Customer care available 24/7
  • Tour Guide
  • Free Travel Insurance

Get a Question?

Do not hesitage to give us a call. We are an expert team and we are happy to talk to you.

+603 4045 1555

info@assirajholiday.com.my

Tour Details

  • Tarikh : 27 Nov 2019
  • All-Inclusive : Fullboard
  •  Hotel : 4 Bintang
  •  Laluan : Sarajevo - Mostar - Dubrovnik - Tivat - Kotor - Budva - Tirana - Ohrid - Skopje - Sofia - Bucharest

Itinerary

Penerbangan

 
Aturcara
 

Hari 1 KUALA LUMPUR – DOHA – SARAJEVO (MT/MM)

Berkumpul di Lapangan Terbang Kuala Lumpur (KLIA) untuk penerbangan ke Sarajevo melalui Doha. Setibanya di Lapangan Terbang Antarabangsa Sarajevo, tetamu akan dibawa makan tengahari di restoran tempatan, kemudian melawat Tunnel of Hope iaitu sebuah rumah yang terdapat di dalamnya terowong keluar masuk rakyat Bosnia dari kepungan tentera Serbia ke atas bandar Sarajevo bagi mendapatkan bekalan makanan dan ubatan. Seterusnya, tetamu akan dibawa ke kawasan Bascarsija atau Old Town Bazaar di tengah bandar Sarajevo untuk membeli-belah sambil berfoto di Sebilj iaitu sebuah monumen kayu yang dibina pada tahun 1753, bersolat di Gazi Husrev-bey Mosque yang merupakan masjid yang terbesar di negara ini dibina pada tahun 1530 di zaman Uthmaniyyah, Sahat Kula iaitu sebuah menara jam yang dibina seawal abad ke-17, Sacred Heart Cathedral yang cukup terkenal kerana binaannya dan di hadapannya terletak salah satu tapak Sarajevo Roses, nama yang diberi kepada kesan letupan bom mortar ketika Perang Bosnia yang disimen semula dengan warna merah dan juga berfoto di City Hall yang juga dikenali sebagai Vijecnica. Makan malam dan daftar masuk hotel.

 

Hari 2 SARAJEVO – MOSTAR (SP/MT/MM)

Sarapan pagi di hotel. Meneruskan perjalanan memasuki negara Bosnia and Herzegovina dan melawat sekitar kota Mostar yang cukup indah dengan tarikan-tarikan seperti Old Bridge Stari Most yang merupakan ikon pelancongan kepada perkampungan dan negara ini, Tara dan Halebija Towers yang mengapit jambatan tersebut, Karadoz Bey Mosque yang dibina pada 1554 oleh arkitek Mimar Sinan merupakan antara masjid yang tercantik di negara ini, Koski Mehmed Pasha Mosque yang dibina pada 1618 dan Turkish Hammam yang wujud sejak abad ke-16 lagi sejak zaman pemerintahan Uthmaniyyah. Tetamu akan diberi masa bebas untuk membeli-belah di Kujundziluk Old Bazaar yang mana menjual pelbagai jenis barangan buatan tempatan dan cenderamata. Makan malam dan daftar masuk hotel.

 

Hari 3 MOSTAR – DUBROVNIK - TIVAT (SP/MT/MM)

Sarapan pagi di hotel dan lawatan pada hari ini diteruskan dengan menyusuri Old Town Dubrovnikuntuk melihat tarikan pelancongan di situ seperti Rector’s Palace yang pernah menjadi istana pemerintahan kota ini antara abad ke-14 hingga 18, Franciscan Church and Monastery yang dibina pada tahun 1360 namun telah beberapa kali musnah dek bencana, Museum of Croatian War of IndependenceSponza PalaceClock Tower dan Orlando’s Column yang menggambarkan pahlawan Dubrovnik abad ke-8 yang terletak di Luza Square Stradun. Kemudian meneruskan perjalanan ke Tivat. Makan malam dan daftar masuk hotel.

 

Hari 4 TIVAT – KOTOR – BUDVA – TIRANA (SP/MT/MM)

Setelah sarapan pagi, bertolak ke Kotor. Tetamu akan dibawa melawat ke sebuah kota yang cukup indah namun kedengaran tidak sesuai dengan namanya, Kotor yang merupakan Tapak Warisan Dunia UNESCO. Tetamu akan dibawa melihat monument-monumen bersejarah di dalam Old Town Kotor seperti Cathedral of St. Triphon yang dibina pada 1166, Pima Palace yang dibina pada abad ke-17, Sea Gate of 1555Watch TowerSquare of Arms dan Pillar of Shame. Seterusnya, meneruskan perjalanan menuju ke kota Budva untuk melawat tarikan-tarikan yang terdapat di dalam Old Town Budva yang terletak di tepi Laut Adriatic dibina pada zaman Venetians seperti Citadel yang kini digunakan sebagai teater, Church of St. Ivan dan menikmati pemandangan indah menghadap ke arah Pulau St. Nikola. Kemudian bertolak menuju ke Tirana. Makan malam dan daftar masuk hotel.

 

Hari 5 TIRANA – OHRID – SKOPJE (SP/MT/MM)

Setelah sarapan pagi di hotel, melawat sekitar bandar Tirana seperti Skenderbeg Square. Nama tempat tersebut diambil sempena nama pahlawan Albania, Gjergj Kastrioti Skenderbeu. Kawasan tersebut mempunyai lebih kurang 40,000 meter persegi. Makan tengahari dan bersolat di Ethem Bey Mosque. Seterusnya meneruskan perjalanan ke Ohrid. Tetamu akan dibawa melawat tempat-tempat menarik di bandar Ohrid seperti Cinar Square, Halveti Hayati Tekke, Church of St. Sophia, Amphitheatre, dan Kuloglu Mosque. Kemudian, bertolak ke Skopje. Makan malam dan daftar masuk hotel.

 

Hari 6 SKOPJE – SOFIA (SP/MT/MM)

Sarapan pagi di hotel dan bertolak ke Skopje yang terletak di negara Macedonia. Sejurus tiba di sana, tetamu akan melawat Castle of Skopje, istana dan kubu yang didiami sejak zaman pra-sejarah lagi iaitu zaman Neolitik dan awal Zaman Gangsa; Murat Pasha Mosque, masjid dengan reka bentuk luar biasa iaitu struktur seakan-akan basilika (gereja) dan tidak mempunyai kubah; Yahya Pasha Mosque, masjid yang dibina oleh Yahya Pasha yang merupakan komander Skopje dan menantu Sultan Bayezid II pemerintah Kerajaan Uthmaniyyah di Turki; Stone Bridge yang merupakan simbol bandar Skopje dibina oleh Sultan Mehmed II dan Macedonia Square, dataran utama yang menempatkan tugu Alexander The Great Statue, raja Macedonia yang menakluk empayar Achaemenid dan telah menakluki Mesir, Persia, Babylon, Lembah Indus dan banyak lagi. Kemudian, membeli-belah di Old Bazaar. Meneruskan perjalanan ke Sofia, ibu negara Bulgaria yang terkenal dengan bangunan-bangunan gaya Eropah dan Komunis yang dahulunya pernah diperintah oleh kerajaan Turki Uthmaniyyah. Makan malam dan daftar masuk hotel.

 

Hari 7 SOFIA – BUCHAREST (SP/MT/MM)

Sejurus bersarapan pagi, lawatan dimulakan di Alexander Nevsky Cathedral yang dibina oleh putera Saint Alexander Nevsky sebagai penghormatan kepada tentera Russia yang terbunuh dalam peperangan Russia-Turki 1877-1878 yang membebaskan Bulgaria dari Empayar Uthmaniyyah. Selepas itu, tetamu dibawa melawat Ivan Vazov National Theatre yang merupakan teater tertua di Romania dengan seni bina Neo-classic dan Banya Bashi Mosque, satu-satunya masjid di Sofia yang masih digunakan sehingga kini daripada 70 buah masjid yang pernah wujud di Sofia. Seni bina masjid ini direka oleh jurutera terhebat Uthmaniyyah, Mimar Sinan yang turut membina Blue Mosque di Istanbul. Seterusnya, menuju ke Bucharest, ibu negara Romania. Makan malam di restoran dan daftar masuk hotel.

 

Hari 8 BUCHAREST – DOHA – KUALA LUMPUR (SP/MT/MM)

Sarapan pagi di hotel dan melawat Peles Castle yang mempunuyai senibina memukau dan dianggap sebagai Istana paling menakjubkan di Eropah. Kemudian melawat bandar Bucharest antaranya Palace of Parliament yang merupakan bangunan pentadbiran kedua terbesar di dunia selepas Pentagon di Amerika Syarikat yang didirikan pada 1980an. Seterusnya melepasi CEC Palaceiaitu ibu pejabat CEC Bank yang dibangunkan pada tahun 1900 dengan seni bina yang amat mempesonakan terutama struktur kubahnya yang diperbuat daripada kaca, Romanian Athenaeum merupakan dewan konsert dan mercu tanda ibu negara Bucharest, The Village Museum yang merupakan sebuah muzium ethnografi terbuka yang mempamerkan kehidupan kampung tradisional Romania, Arcul de Triump merupakan monumen sejarah seperti yang terdapat di Paris dan salah satu mercu tanda penting di Bucharest, Revolution Square yang merupakan dataran yang terletaknya bangunan Central Committee of the Romanian Communist Party yang merupakan ibu pejabat rejim komunis di Romania sewaktu era pemerintahan komunis dan tugu Memorial of Rebirth iaitu tugu setinggi 25m berbentuk obelisk. Makan malam sebelum bertolak ke Lapangan Terbang Antarabangsa Bucharest untuk penerbangan ke Kuala Lumpur melalui Doha.

 

Hari 9 KUALA LUMPUR

Tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Harga Pakej

 

Jadual Penerbangan

Penerbangan

Dari

Ke

Perlepasan

Ketibaan

QR 853

KUL

DOH

0215

0515

QR 293

DOH

SJJ

0700

1100

QR 220

OTP

DOH

2330

0515

QR 852

DOH

KUL

0830

2130

 

Tarikh

27 Nov 2019
 

Hotel

BANDAR RATING MALAM NAMA HOTEL
Sarajevo 4* 1 Hotel Koncept atau setaraf
Mostar 4* 1 Hotel Eden atau setaraf
Tivat 4* 1 Hotel Magnolia atau setaraf
Tirana 4* 1 Hotel Te Stela atau setaraf
Skopje 4* 1 Hotel Sultan atau setaraf
Sofia 4* 1 Hotel Ramada atau setaraf
Bucharest 4* 1 Hotel RIN Central atau setaraf
 

Pakej Termasuk

  • Tiket penerbangan pergi-balik kelas ekonomi termasuk surcaj minyak dan segala cukai penerbangan.
  • Hotel penginapan bertaraf 4*-5* sepanjang lawatan (rujuk senarai hotel ditawarkan).
  • Cukai bandar (city tax) di Bucharest, dan Dubrovnik.
  • Sarapan pagi di hotel, makan tengahari dan makan malam sesuai Muslim sepanjang lawatan.
  • Tiket masuk ke tempat lawatan: Peles Castle dan Tunnel of Hope.
  • Pengangkutan bas persiaran berhawa dingin yang selesa.
  • Perkhidmatan pemandu pelancong berbahasa Inggeris yang berpengalaman sepanjang lawatan.
  • Tip kepada pemandu pelancong dan pemandu bas persiaran.
  • Ketua rombongan yang terlatih profesional.
  • Percuma edisi beg pek khas (kecuali bayi) .
 

Pakej Tidak Termasuk

  • Insurans kembara (travel insurance) – sila hubungi kami bagi khidmat nasihat dan pembelian premium insurans kembara yang sesuai.
  • Surcaj tambahan kepada harga yang ditawarkan ketika waktu perayaan, puncak dan cuti sekolah (sekiranya ada dinyatakan di dalam tarikh perlepasan).
  • Servis tambahan di hotel seperti dobi, snek dan mini bar dan perkhidmatan porter sekiranya tidak disediakan.
  • Makan minum, tiket lawatan dan lawatan selain dari yang dinyatakan di dalam aturcara.
  • Bayaran tambahan bagi lebihan had bagasi yang dibawa.
  • Perkara lain selain dari yang dinyatakan di dalam aturcara dan pakej termasuk.
Peta Perjalanan